Siapa yang tak suka melancong, kan? Sama ada dalam negara atau luar negara, perasaan bebas dan seronok ketika mengembara adalah pengalaman yang tiada tandingannya.
Tetapi, tahukah korang bahawa hobi melancong ini bukan sahaja memberi kenangan manis, malah boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan?
Ya, dengan sedikit kreativiti, anda boleh menjana duit sambil menikmati percutian! Berikut merupakan beberapa cara yang dikongsikan oleh Hobi Cuti untuk si ‘kaki travel’ menjana pendapatan sampingan sambil explore dunia.
Cipta laman web dan blog sendiri
Jika korang gemar menulis dan mempunyai pengalaman menarik setiap kali melancong, kenapa tidak kongsi dengan orang ramai melalui sebuah laman web atau blog.
Korang boleh berkongsi tips melancong, tempat-tempat menarik yang dikunjungi, serta hotel-hotel yang patut dicuba.
Selain itu, menulis review mengenai destinasi pelancongan dan aktiviti yang korang lakukan juga boleh menarik pengunjung yang mencari informasi sebelum merancang percutian mereka.
Mulakan channel YouTube dan buat vlog
Vlog pelancongan kini sangat popular, dan apabila sudah cukup pengikut, anda boleh mula monetise channel anda dengan iklan.
Jika ada tempat atau produk tertentu yang relevan dengan percutian yang dituju, ada kemungkinan pihak lain akan membayar untuk korang membuat review tentang produk mereka atau menampilkan tempat mereka dalam vlog anda.
Ini adalah salah satu cara yang sangat popular untuk menjana pendapatan dari hobi melancong.
Jual gambar dan video yang dirakam
Bagi yang gemar mengambil gambar atau video yang cantik semasa melancong, kenapa tidak cuba menjualnya? Banyak platform seperti Shutterstock, Adobe Stock, dan iStock yang membolehkan korang menjadi contributor dan menjual gambar serta video yang diambil.
Menulis untuk laman web orang lain
Kalau pandai menulis, tetapi tak tahu nak create laman web, jangan risau. Korang masih boleh menjana pendapatan dengan menulis untuk laman web orang lain. Banyak laman web, terutama yang berkaitan dengan pelancongan, mencari penulis freelance untuk menghasilkan kandungan berkualiti.
Korang boleh menulis artikel atau panduan perjalanan untuk mereka dan dibayar berdasarkan jumlah perkataan atau artikel.
Affiliate di platform E-dagang
Ini adalah cara yang semakin popular di kalangan para influencer, termasuk di TikTok. Korang boleh menjadi affiliate untuk banyak produk, termasuk produk pelancongan.
Syarikat seperti Agoda, Booking.com, AirAsia, dan MAS Airlines menawarkan program affiliate yang membolehkan anda menjana duit dengan mempromosikan perkhidmatan mereka.