“Duit Laki Dia, Bukan Laki Kau..” – Intan Najuwa Beli Barang Bayi Di London & Sepanyol, Ada Netizen Iri Hati?

Hiburan

“Duit Laki Dia, Bukan Laki Kau..” – Intan Najuwa Beli Barang Bayi Di London & Sepanyol, Ada Netizen Iri Hati?

Pelakon jelita, Datin Intan Najuwa tampil memberi respon setelah dirinya dikritik membeli-belah barangan bayi sulungnya di luar negara.

Intan sebelum ini ada memuat naik satu hantaran di Instagram mengenai perkara itu di mana dia memaklumkan tidak sabar untuk berkongsi pemilihan barangan bayi dengan peminat.

Advertisement

Saya akan ke London bulan depan untuk membeli barangan keperluan bayi. Tak sabar nak berkongsi pilihan saya dengan anda semua.

Ini merupakan kali pertama saya betul-betul nak membeli barangan bayi dan saya mencari inspirasi daripada Pinterest. Banyak idea yang boleh dijadikan rujukan.

Menjengah ke ruangan komen hantaran itu, ada yang menuduh Intan menggunakan wang suami, Datuk Ahmad Azraf Azman bagi membeli barang keperluan bayi mereka.

Berikutan itu, Intan tampil memberi penjelasan bahawa dia mempunyai pendapatan sendiri dan tidak memerlukan suami untuk menanggung dirinya.

Intan Najuwa nafi guna duit suami beli barang baby

Dalam pada itu, ada juga netizen yang beranggapan tidak mengapa menggunakan duit suami sendiri asalkan bukan duit suami orang lain.

Sekadar info, Intan mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Azraf pada 18 ogos tahun lalu. Mereka berdua kini sedang menunggu kelahiran anak sulung mereka tidak lama sahaja lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Anna Jobling beri respon foto dicium pelakon Indonesia
5 months ago

"Dah Biasa Kena, Saya Gelak Saja Tengok Foto Itu.." - Anna Jobling Jawab Isu Bercumbu Dengan Pelakon Indonesia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...