“Duit Kahwin Masih Belum Cukup” – Azri Iskandar ‘Cancel’ Menikah Tahun Ini, Akui Masih Berkawan Dengan Azra

Hiburan

“Duit Kahwin Masih Belum Cukup” – Azri Iskandar ‘Cancel’ Menikah Tahun Ini, Akui Masih Berkawan Dengan Azra

Pelakon dan juga pengarah, Azri Iskandar memaklumkan bahawa majlis perkahwinan yang dirancang bersama kekasih hati, Azra terpaksa ditunda gara-gara sibuk dengan karier dan juga masih mengumpul duit kahwin.

Azri yang dihubungi Oh Bulan berkata demikian bagi menjelaskan status terkini hubungannya bersama Azra.

Advertisement

Jelasnya lagi, jadual penggambaran yang tidak menentu juga menjadi punca perkahwinan mereka ditunda.

Saya dan Azra tak mungkin kahwin pada tahun ini. Tetapi kami masih berkawan. Masa itu tak sesuai memandangkan saya sibuk dengan penggambaran pada hujung tahun ini.

Saya juga tengah kumpul duit kahwin. Masih belum cukup.

Tambah Azri, dia dan Azra juga tidak mempunyai tarikh baru untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri.

Mengimbas kembali, bekas suami kepada Ellie Suriaty ini mendedahkan sudah bertunang dengan Azra pada 29 Jun lalu di Kangar, Perlis.

Dia dan Ellie sebelum ini telah bercerai pada 17 Mei lalu setelah 19 tahun hidup bersama. Mereka berdua turut dikurniakan dua orang anak iaitu Azrell Omar, 18, dan Nur Azreen yang kini berusia 13 tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Azri iskandar
2 years ago

Dah Nak Habis Disember, Peminat Tunggu Majlis Kahwin Azri Iskandar Dan Azra -“Jadi Ke Tak Jadi Ni?”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Oh Bulan!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...