Duit Hilang Dalam Akaun Bank Kerana Masalah Teknikal Atau Sebaliknya?

Trending

Duit Hilang Dalam Akaun Bank Kerana Masalah Teknikal Atau Sebaliknya?

Akhir-akhir ini terdapat banyak sangat kes duit hilang dalam bank. Aku pernah post pasal ni bulan lepas. Kau orang ingat tak siapa yang paling menggelupur dan cakap aku fitnah maybank?

Kelmarin aku tengok video sorang akak yang duit dia hilang, sama kes macam aku. Bank CIMB beritahu tuan badan pindahkan duit ke akaun Ambank orang lain.

Advertisement

Tapi dalam kes aku, duit dari akaun Maybank dikeluarkan melalui atm sedangkan kad ada dengan aku sepanjang masa.

Kami dimintak buat laporan polis. Malangnya lepas buat laporan polis, pihak bank bagi jawapan “kami cuma boleh siasat, tapi duit tak kan dapat semula”.

Jujur aku cakap, memang aku kesian dengan akak tu, RM1000 bukan jumlah yang besar bagi sesetengah orang, tapi bagi yang betul-betul memerlukan, RM1000 tu ibarat 100k kot.

Kemudian khidmat pelanggan lagi menyakitkan hati.

Bila kita tanya kenapa duit tu boleh dikeluarkan sedangkan kad ada ngan aku, dia cakap “kemungkinan ahli keluarga yang keluarkan, bincanglah dengan keluarga tuan”.

Jawapan dia memang boleh undang carutan. Mujur aku beriman, aku tenang je dengar dia beritahu macam tu. Kes macam ni seakan-akan tiada tindakan langsung dari pihak bank.

Kami sebagai pengguna ditendang sana sini untuk uruskan kes ni sendiri.

Sekarang aku nak tanya la, kalau kat bank pun dah tak selamat nak simpan duit, lepas ni agaknya kitorang kena simpan dalam tabung buluh ke?

Ini pula komen-komen yang mendakwa turut menjadi mangsa dalam kes yang sama..

Ni orang-orang bank atau orang-orang yang ada kaitan dengan hal-hal macam ni, bagi jalan penyelesaian sikit macam mana nak buat kalau macam ni lah layanan bank terhadap pengguna?

Kami berharap pihak-pihak berwajib dan berkaitan dapat tampil untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku.

Sumber : Khairul Yoi II

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...