Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Duit Hantaran RM15,000 Sebenarnya Hutang..” Siti Sarah Dedah Kisah Rumah Tangga Bersama Shuib Sepahtu

Shuib Sarah

Hampir 10 tahun mendirikan rumah tangga, pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu menzahirkan perasaan cinta buat isterinya, penyanyi Siti Sarah yang sentiasa mendoakan dirinya dan ada di belakang pada setiap ujian mendatang.

Malah, Shuib juga mendedahkan rahsia di sebalik perkahwinan yang dibina iaitu duit hantaran yang diberi sebenarnya adalah hutang daripada bapa Siti Sarah.

Advertisement

Sarah yang turut ditemui berkata, duit hantaran bernilai RM15,000 yang diberikan Shuib sebenarnya adalah hutang namun selepas mengumpul duit terbabit untuk membayar kembali, bapanya pula melarang suaminya itu untuk melangsaikan jumlah hantaran tersebut.

“Sarah teringat masa kahwin dengan Shuib dahulu, hantaran ketika itu adalah RM15,000. Tapi Sarah nak beritahu satu rahsia iaitu RM15,000 adalah hutang. Tak tipu sebab Shuib tak mampu nak bayar waktu itu. Shuib hutang dengan abah Sarah tau. Sarah tahu Shuib bersusah payah nak bina kerjaya tapi apa yang Sarah beli masa itu adalah akhlak, kerajinan dan tanggungjawab. Dia tak pernah lupa tanggungjawab dengan Sarah dan keluarga.”

Penyanyi lagu Kesetiaan itu meluahkan perasaan mengenai isu tersebut apabila dia berasa kurang senang terhadap satu hantaran yang dibuat seorang wanita di Facebook di mana individu tersebut membuat kenyataan bahawa lelaki boleh melupakan hasrat untuk berkahwin jika tidak mampu untuk menanggung hantaran sebanyak RM20,000.

Ujarnya lagi, kebahagiaan sesebuah rumah tangga itu tidak boleh diukur dengan wang ringgit sebaliknya melalui keperibadian seseorang.

Terdahulu,Sarah dan Shuib telah mendirikan rumah tangga pada 27 Februari 2011 yang lalu dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    May 4, 2021 at 4:22 pm

    itu cerita dulu. sekarang rezeki dah bertambah atas kerja keras pasangan ni. apa-apa pun bila berjaya nanti jangan lupa diri dan jangan angkuh

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top