Tular di media sosial semalam mengenai perbalahan netizen susulan senarai penerima Dana Kandungan Digital Industri Muzik 2023 yang dikatakan tidak adil.
Hantaran asal perbalahan tersebut bermula apabila seorang penganjur konsert menyatakan rasa tidak puas hati apabila permohonannya tidak diluluskan.
Seorang individu kemudian memuat naik senarai nama artis yang telah berjaya menerima bantuan kewangan dan sesetengah netizen dilihat mengkritik penerima antaranya penyanyi Aina Abdul.
Kata netizen, Aina Abdul merupakan artis yang sememangnya dikenali ramai dan dana tersebut sepatutnya diberikan kepada artis-artis lokal dan ‘indie’ yang baru meningkat naik.
Malah, ada yang mengecam penyanyi itu membuat konsert tetapi mengenakan harga tiket yang mahal pula.
Aina Abdul tak layak dapat dana sebab dia ‘established’ artis. Kata juara AJL, tak boleh ke dapatkan sponsor sendiri dan bukannya mengharapkan dana??
Aina Abdul dah dapat dana kerajaan pun tiket masih mahal. Dah level artis antarabangsa. Pastu ada juga mangkuk kata memang patut mahal sebab buat kat venue mahal.
Namun begitu, ada juga sesetengah peminat Aina Abdul yang merasakan penyanyi itu layak mendapat dana kerana telah memberi impak besar dalam industri seni negara.
Dia tak tahu pulak Aina Abdul tu punya struggle buat macam macam untuk buat sampai layak dapat Dana tu semua. Semua artis layak, cuma hang ja macam muka tak bawak rezeki sebab belum apa apa dah meroyan.
Sekadar info, antara label dan penganjur yang layak menerima dana Kandungan Digital Industri Muzik 2023 bagi tujuan menganjurkan konsert adalah Rock The World Sdn. Bhd, TapauAsia Sdn. Bhd, Rubbertapper Production (konsert Lah Ahmad), Play Mad Sdn. Bhd (Konsert Double Trouble) dan Niyat Edutainment (Konsert Mega Zikir Terapi).
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.