Kecoh di media sosial hari ini mengenai kisah seorang wanita yang bergelar ibu dan isteri kategori asnaf tampil memberi kritikan terhadap pemberian bantuan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang dianggap kuno.
Dalam video itu, wanita berkenaan mendakwa wujudnya sistem kartel dalam pemberian barang-barang bantuan untuk golongan fakir miskin dan asnaf.
Sehubungan itu, MAIWP dalam satu kenyataan rasmi tampil memberikan maklum balas mengenai dakwaan itu.
Pada tahun 2024 sahaja, MAIWP telah menyalurkan RM47.69 juta kepada 6,398 asnaf di bawah Skim Bantuan Perubatan MAIWP kepada asnaf di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
MAIWP juga menafikan tuduhan wujudnya ‘kartel’ dalam pembekalan sebagaimana yang dinyatakan. Pemberian bantuan berbentuk barangan dan peralatan perlu melalui proses perolehan tender terbuka yang berkuatkuasa.
Dalam pada itu, agensi itu turut menjelaskan bawah keluarga wanita itu telah menerima pelbagai bantuan seperti kewangan bulanan, bantuan menyelesaikan hutang, bantuan khas kanak-kanak serta lain-lain oleh MAIWP.
@ipk.tv4 Penerima Bantuan Luah Rasa Kecewa terhadap Pengurusan MAIWP dan Baitulmal Kuala Lumpur, 6 Jun – Seorang penerima bantuan asnaf, Puan Puteri, tampil secara terbuka menyuarakan kekecewaannya terhadap kelewatan dan ketidaktelusan pengurusan bantuan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Baitulmal. Menurut beliau, bantuan barangan keperluan seperti lampin pakai buang (pampers) dan susu sering dihantar lewat hingga memakan masa dua hingga tiga bulan. Tambahan pula, berlaku kesilapan penghantaran barangan serta masalah sistem yang menyebabkan permohonan tertangguh atau dibatalkan secara tiba-tiba. “Bukan saya takut, saya ada Allah. Apa yang saya suarakan ini demi membantu golongan asnaf lain yang takut bersuara kerana khuatir bantuan mereka dibatalkan,” tegas Puan Puteri. Beliau juga menyentuh isu bantuan yang masih dihantar walaupun penerima telah meninggal dunia, menyebabkan barangan perlu disimpan atau dijual semula secara tidak rasmi. Hal ini, katanya, berpunca daripada sistem data yang lambat dikemas kini dan tidak efisien. Puan Puteri menyeru agar sistem bantuan MAIWP ditambah baik, beralih kepada sistem dalam talian yang lebih telus dan automatik demi kelangsungan hidup golongan memerlukan. “Semoga Allah memberi hidayah kepada pihak yang terlibat agar urusan bantuan ini berjalan dengan lebih lancar dan adil,” tambahnya.
? Never Forgive Me, Never Forget Me – Avith Ortega & Akira Yamaoka
Agensi itu juga akan membuat penilaian semula sekiranya terdapat keperluan khas perubahan spesifikasi pembekalan yang dipohon.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.