Sejak kebelakangan ini, servis pelacuran secara dalam talian muncul bak cendawan selepas hujan dan dilakukan secara terbuka dalam media sosial seperti Twitter dan Tiktok misalnya.
Merungkai isu yang semakin membimbangkan ini, seorang gadis yang dikenali sebagai Lisa tampil membongkar dan bercerita mengenai sisi hitam sepanjang dia bergelumang dalam dunia persundalan ‘dark side’ ini.
Menurut Lisa, faktor utama dia terlibat dalam aktiviti itu adalah kerana kewangan yang tidak mencukupi dan mengetahui mengenai dunia dark side ini adalah daripada rakan sekerja.
Dark side dia macam satu akaun yang dibuat secara senyap dan tiada siapa yang tahu. Masa tu saya muda dan baru habis belajar. Fresh grad dan tak cukup duit. Rasa nak beli kereta, rumah semua. Mula-mula saya tak tahu kat socmed boleh buat duit.
Saya tengok apa yang mereka kongsi. Nama pun dark side, jadi mereka kongsi gambar tak sepatutnya. Semua orang kongsi foto tanpa muka dengan gambar seksi dan bogel.
Ujarnya, pada mulanya dia berasa takut kerana risau ‘kantoi’ dan mula memuat naik foto bahagian bawah badan sehingga dia berjaya meraih ribuan ringgit.
Lisa kemudian ‘memberi lebih’ kecuali muka namun sepanjang terlibat dalam aktiviti itu, dia tidak berasa gembira dan sedar mengenai keburukan perbuatan itu.
Setelah ditawarkan wang yang banyak oleh seorang VIP untuk membeli foto keseluruhan badan termasuk wajah, Lisa menjadi gelap mata sebelum ia menjadi titik tolak kepada ‘kejatuhan’ karier sambilannya itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.