Duit Belanja Raya & Pampers Anak ‘Licin’ Ketika Cari Khidmat ‘Cleaner’, Tekan ‘Link’ Terus Semua Lesap!

Kehidupan

Duit Belanja Raya & Pampers Anak ‘Licin’ Ketika Cari Khidmat ‘Cleaner’, Tekan ‘Link’ Terus Semua Lesap!

Seorang wanita berputih mata selepas menjadi mangsa penipuan atas talian baru-baru ini ketika hendak mendapatkan khidmat pencuci rumah.

Ceritanya, dia baru habis berpantang dan merancang untuk pulang ke rumah sewa jadi dia perlu mencari pencuci rumah secara atas talian untuk membersihkan kediaman itu yang telah ditinggalkan selama tiga bulan.

Advertisement

Saya tak tahu la saya ni bodoh ke apa. Habis duit dalam acc bank. Boleh detect related sebab perasan harini tetiba nak check acc. Rasa tak sedap hati. Perasan related sebab takde buat online transaction pun dalam minggu ni.

wanita ditipu scammer ketika cari pencuci rumah

Kata wanita itu, dia terpedaya dengan iklan yang sangat murah berharga RM60 untuk tempoh pencucian selama empat jam.

Dia terus menghubungi pihak yang terlibat melalui Whatsapp dan wanita itu kemudian diminta untuk membayar deposit sebanyak RM10 kepada mereka.

Selepas menekan pautan diberi, wanita itu meneruskan pembayaran seperti biasa dan telah memasukkan maklumat ID dan kata kunci.

Pihak scammer itu kemudian memberi alasan bahawa sistem sedang ‘down’ dan memintanya untuk memuat turun aplikasi lain.

wanita ditipu scammer ketika cari pencuci rumah

Tanpa mengesyaki apa-apa, wanita berkenaan mengikut arahan seperti diminta namun pada tarikh yang ditetapkan, pencuci tersebut tidak datang dan panggilan tidak berjawab.

Dia kemudian memeriksa akaun bank dan mendapati duitnya berjumlah lebih RM1,600 telah hilang.

Sedih sangat rasa. Minggu depan nak masuk kerja. Duit tu la untuk belanja raya, beli pampers susu anak, duit tu jugak untuk survive pergi kerja minyak makan minum semua. Ya Allah dugaan sangat.

wanita ditipu scammer ketika cari pencuci rumah

Taktau la nak redha ke tak sebab sakit hati, sedih sangat. Tinggal RM10 dalam acc bank. Maybank dah freeze acc lepas buat report tadi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 week ago

Wang Simpanan RM80000 Suami Isteri ‘Hangus’ Ditipu Pakej Haji - “Wang Tak Dapat Balik, Agensi Dah Gulung Tikar”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...