Duit Arwah Isteri ‘Dikebas’ Orang Terdekat, Ridzokumura Kesal – “Duit Orang Yang Dah Meninggal Pun Tergamak Nak Ambil”

Kehidupan

Duit Arwah Isteri ‘Dikebas’ Orang Terdekat, Ridzokumura Kesal – “Duit Orang Yang Dah Meninggal Pun Tergamak Nak Ambil”

Usahawan dan pendandan rambut terkemuka, Ridzokumura meluahkan rasa terkilan apabila tersedar duit simpanan isterinya, Allahyarham Akiko telah ‘lesap’ dipercayai dicuri individu tidak bertanggungjawab.

Ridzo atau nama sebenarnya Abd Ridzuan Abdul Mutalib memaklumkan duit yang hilang itu dianggarkan bernilai lebih kurang RM70,000.

Advertisement

Sampai hati korang, duit orang meninggal pun korang nak ambil. Bukan orang luar tapi orang sekeliling saya sebab yang datang pun kawan-kawan, polis, doktor, forensik dan sebagainya.

Enggan menuding jari kepada mana-mana pihak, Ridzo berkata dia sangat terkilan dengan tindakan tersebut.

Saya tak salahkan sesiapa, salah saya sebab tak simpan duit tu. Orang yang ambil tu memang salah, salah dia dekat arwah dan Tuhan.

Tak elok ambil duit orang yang dah pergi, terkilan saya. Biarlah orang tu jawab dengan Tuhan. Kalau arwah tak maafkan, tak maaf lah dia.

Difahamkan, duit berkenaan adalah lebihan simpanan setelah mereka pulang dari Jepun, sekitar Februari lalu.

Ujarnya lagi, dia kini menyimpan kesemua harta dan wang di bank kerana enggan lagi pening dan rungsing memandangkan kamera litar tertutup di rumahnya pula kini sedang mengalami kerosakan sekaligus menyukarkan pencarian serta pengecaman pencuri itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

khairul aming beri bayangan bakal tamatkan zaman bujang
2 days ago

"Menantu Mak Awak" - Khairul Aming Beri Bayangan Tamatkan Zaman Bujang? Ramai Yang Mencuba Nasib..

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Ohbulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...