“Duhai Wanita Yang Muda Atau Tua, Henti Buat Konten Joget, Malu Itu Iman” – Ustazah Asma’

Hiburan

“Duhai Wanita Yang Muda Atau Tua, Henti Buat Konten Joget, Malu Itu Iman” – Ustazah Asma’

Pendakwah wanita terkenal, Ustazah Asma’ tampil memberi teguran kepada kaum wanita yang kini dilihat lebih kerap memuat naik di plaftom media sosial melakukan aksi tarian demi mengikut trend.

Ustazah Asma Harun
2 bulan lalu

"Saat Masuk Liang Lahad Dosa Masih Berjalan.." Ustazah Asma Bimbang Marketing L*cah Di Instagram

Advertisement

Menerusi akaun Facebook rasminya, Ustazah Asma’ atau nama lengkapnya Asma’ Harun menasihati wanita tak kira sama ada muda atau tua supaya jangan mudah terikut dengan konten yang boleh mendatangkan negatif.

Duhai wanita Islam, muda atau tua, atas apa jua tujuan, elak, delete dan berhentilah buat content dengan aksi joget atau tarian ya.

Perkongsian yang dibuat oleh Ustazah Asma’ itu telah mendapat perhatian pengguna Facebook yang turut bersetuju dengan teguran lembut yang ditulisnya itu.

Advertisement

Dalam pada masa yang sama, mereka turut berpendapat ada antara wanita yang kini sudah berani melakukan tarian tanpa menghiraukan sama ada ia keterlaluan ataupun tidak.

Facebook Ustazah Asma'

Sedia maklum, sejak kebelakangan ini kerap tular video-video pendek aksi wanita mengikuti trend menari dengan lagu-lagu terkini yang kemudiannya menggunakan hashtag #dancechallenge di aplikasi media sosial yang ada.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Anon

    October 30, 2021 at 10:36 am

    Agama is taboo nowadays. Orang dah taksub pada agama tapi taksub pada nak memperbaiki kehidupan dan tak hidup kolot lagi..

  2. Anti Agamawan

    October 29, 2021 at 6:16 pm

    kwn dia kardashian klate buat cmtu takde pulak nk tegur.
    mmg selective betul acik alim ni

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...