“Dugaan Yang Dilalui Dah Cukup, Jangan Tambah Cerita..” – Penyanyi Hasnol Dibenarkan Pulang Selepas Lebih Seminggu Di Hospital

Hiburan

“Dugaan Yang Dilalui Dah Cukup, Jangan Tambah Cerita..” – Penyanyi Hasnol Dibenarkan Pulang Selepas Lebih Seminggu Di Hospital

Penyanyi popular dari era 1990-an, Hasnol Hassan Ariff baru-baru ini berkongsi hantaran dimana dirinya telah dibenarkan pulang dari hospital setelah beberapa hari ditahan kerana kesihatan dirinya yang merisaukan.

Tahap kesihatan mula merosot

Kata Hasnol, keadaan dirinya mula kritikal hingga tidak boleh bergerak dan hanya terbaring. Disebabkan itu, dia dibawa ke hospital menaiki ambulans. Menurut laporan, keputusan X-Ray menunjukkan ada tompokan di paru-paru sebelah kanan yang dipercayai jangkitan kuman.

Advertisement

Setakat ini, kedua-dua organ, buah pinggang dan hati tidak berfungsi dengan baik. Untuk tibi, keputusannya negatif. Kini hendak dapatkan spesimen daripada paru-paru untuk kenal pasti penyakit apa saya hidapi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hasnol Laguku UntukMu (@hasnol)

Berita paslu tentang kematian

Pada masa yang sama, penyanyi lagu Lagumu Untukku ini juga akui merasa tidak senang apabila ada berita yang berlegar di media sosial mengatakan dirinya sudah meninggal dunia. Menurut Hasnol, perkara itu dapat menambahkan tekanan kepada orang lain selain dirinya.

Saya nasihat semak dulu kesahihan khabar angin sebelum buat andaian.

Dugaan yang dilalui tu sudah cukup tertekan, janganlah tambah dengan cerita tak benar.

hasnol rahmat
2 years ago

"Saya Tengok Isteri Mahukan Populariti & Kemasyhuran" - Hasnol Umum Bakal Bercerai, Enggan Terpalit Fitnah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...