Penyanyi popular dari era 1990-an, Hasnol Hassan Ariff baru-baru ini berkongsi hantaran dimana dirinya telah dibenarkan pulang dari hospital setelah beberapa hari ditahan kerana kesihatan dirinya yang merisaukan.
Tahap kesihatan mula merosot
Kata Hasnol, keadaan dirinya mula kritikal hingga tidak boleh bergerak dan hanya terbaring. Disebabkan itu, dia dibawa ke hospital menaiki ambulans. Menurut laporan, keputusan X-Ray menunjukkan ada tompokan di paru-paru sebelah kanan yang dipercayai jangkitan kuman.
Setakat ini, kedua-dua organ, buah pinggang dan hati tidak berfungsi dengan baik. Untuk tibi, keputusannya negatif. Kini hendak dapatkan spesimen daripada paru-paru untuk kenal pasti penyakit apa saya hidapi.
View this post on Instagram
Berita paslu tentang kematian
Pada masa yang sama, penyanyi lagu Lagumu Untukku ini juga akui merasa tidak senang apabila ada berita yang berlegar di media sosial mengatakan dirinya sudah meninggal dunia. Menurut Hasnol, perkara itu dapat menambahkan tekanan kepada orang lain selain dirinya.
Saya nasihat semak dulu kesahihan khabar angin sebelum buat andaian.
Dugaan yang dilalui tu sudah cukup tertekan, janganlah tambah dengan cerita tak benar.