Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Dugaan Bertunang Terlalu Berat – Syafie Naswip Putus Tunang

Baru sahaja bertunang pada April lalu, perancangan pelakon Syafie Naswip dan Aishah Azman untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian selepas Syafie mengakui mereka sudah putus tunang.

Advertisement

Bukan disebabkan orang ketiga atau masalah keluarga, keputusan itu dibuat atas persetujuan bersama. Dugaan bertunang terlalu berat untuk mereka berdua.

Ya, kami sudah putus tunang. Itu sahaja kenyataan yang dapat saya berikan. Malah jika ada yang bertanya, saya tidak akan menjawab lagi tentang perkara ini. Tidak ada orang ketiga, mahupun masalah keluarga, tetapi saya rasa dugaan bertunang ini terlalu berat dan tidak mampu untuk meneruskan.

Jika dugaan ketika ini sudah tidak mampu saya tanggung, bagaimana nanti apabila sudah berkahwin? Buat masa sekarang, mungkin ini adalah keputusan yang terbaik untuk kami berdua. Mungkin juga dugaan paling besar adalah soal kematangan diri saya.

Mereka dipercayai sudah tidak mengikuti Instagram masing-masing selain memadam foto bersama. Walaubagaimanapun, Aishah buat masa ini tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai berita putus tunang itu.

Syafie dan Aishah sebelum ini merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada penghujung tahun ini.

Sumber Berita : Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

14 Comments

  1. mike

    July 24, 2019 at 10:50 am

    bertunang mcm kenduri kawin…tu yg agama melarang..bertunang sepatutnya senyap2..entah lah tak faham..memang nampak tak matang. glamour je lebih.

  2. Anonymous

    July 24, 2019 at 8:33 am

    saya stuju dgn komen di atas,bertunang ka .kawin ka biar sederhana,celeberity ni kan cuba lah puas puas membujang kalau dah rasa da cukup had enough enjoyed dan ada kematangan then only think of marrying,puas puas enjoy,kawin sekejap je lpas setahun dua cerai buat apa -nnti jodoh sampai situ je bnyk alasan life begins at 40.masa tu u dah puas enjoy da lihat pergerakan perempuan or lelaki then u kno wat u ned,simple.anyway gd luck to both of u.

  3. Anonymous

    July 23, 2019 at 9:09 pm

    Innalillah wainna ilaihi rojiun

  4. AK2.O

    July 23, 2019 at 7:21 pm

    sebab tu lah dalam islam tekankan dalam semua perkara buat dalam besederhana..Buat majlis grand2..hantaran mahal2..skali…jodohnye pendek..Bukan istilah mampu atau tidak..tapi membazir itu amalan shaitonnnnirojimmmm….

  5. nadlofa

    July 23, 2019 at 3:49 pm

    Bersabarlah dengan dugaan yang diberi. Kelak, jodoh yang baik akan Allah berikan kepada kalian berdua. Kita doa yang baik baik saja.

Loading...
To Top