“Dugaan Bertunang Memang Berat” – Lelaki ‘Viral’ Menangis Tepi Jalan Tampil Beri Penjelasan

Kehidupan

“Dugaan Bertunang Memang Berat” – Lelaki ‘Viral’ Menangis Tepi Jalan Tampil Beri Penjelasan

Sebelum ini, viral di rata-rata media sosial mengenai sebuah hantaran video TikTok yang dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai Amsyar memaparkan tindakan seorang lelaki telah mencuri perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, seorang lelaki dilihat berjalan kaki sambil menangis teresak-esak di tepi jalan pada waktu malam, malah apabila ditegur lelaki berkenaan langsung tidak menghiraukan orang sekeliling.

Advertisement

Difahamkan, lelaki berkenaan bertindak sedemikian gara-gara kecewa kerana ditingalkan oleh tunangnya yang dipercayai bersama lelaki lain.

Tunang saya buat hal.

@a.amsyarr_

siapa buat dia ni ? cepat mengaku ! #fyp??viral #fyp #fypdongggggggg

? bunyi asal – a.amsyarr_ – a.amsyarr_

Susulan itu, perkongsian video tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada orang ramai yang rata-ratanya bersimpati melihat nasib lelaki berkenaan dan seakan menyalahkan pihak wanita.

Tampil memberi penjelasan sebenar, lelaki berkenaan memaklumkan perkara tersebut telah pun selesai dengan baik dan berharap video berkenaan dipadam agar menghormati kedua belah pihak keluarga.

Alhamdulillah semuanya sudah selesai, kedua belah pihak dah berbincang dengan baik. Pihak perempuan itu pun sudah kembali.

Malah, dia turut mengakui bahawa dugaan bertunang sememangnya berat dan tidak menyalahkan pihak wanita semata-mata atas apa yang berlaku.

Saya nak salahkan dia pun tak boleh, mungkin salah saya jugak terlalu overprotective.

@a.amsyarr_

Membalas kepada @OmgAraa Ni part 2 bro ! ni penjelasan daripada tuan badan sendiri ? #foryoupage #fyp??viral #trending #viral

? bunyi asal – a.amsyarr_ – a.amsyarr_

Dalam pada itu, lelaki itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat pada malam bekenaan dan membantu menenangkan dirinya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Kencing Bersepah, Kahak Kat Sinki.." - Wanita Luah Rasa Menyesal Kahwini Lelaki Pengotor

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...