Sejak mula memperkenalkan bisnes tudung dengan jenama Naelofar Hijab, pelakon serta pengacara Neelofa boleh dikatakan agak berjaya dalam bidang tersebut selepas mendapat permintaan yang tinggi daripada pengguna.
Walaubagaimanapun, sejak dua menjak ini Neelofa nampaknya menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan berkaitan Naelofar Hijab. Jika sebelum ini Naelofar Hijab dikatakan menciplak rekaan tudung jenama lain, kali ini Neelofa didakwa telah menganiaya stokis beliau.
Menerusi Instagram Miss Kepoh ada individu yang mendakwa khidmat beliau sebagai salah seorang stokis Naelofar Hijab telah ditamatkan tanpa sebarang perbincangan. Malah, Â individu itu juga mendakwa wang deposit yang sudah dibayar untuk menjadi stokis juga tidak dipulangkan oleh pihak Neelofa.
Selain itu, beliau juga mengadu pihak pengurusan Naelofar Hijab dengan sesuka hati boleh memecat pekerja dan menurukan gaji  mereka tanpa notis.
Agak susah sebenarnya hendak terima bahawa syarikat milik Neelofa melakukan perkara seperti yang didakwa. Bukan ke jualan tudung Naelofar memang kencang habis, kalau keluar koleksi baharu sahaja mesti cepat habis bukan? Lagipun jumlah stokis tudung Naelofar mencecah angka ratusan. Jika ada kepincangan, sudah pasti yang lain pun akan bersuara. Agak pelik untuk hanya seorang sahaja mengalami kejadian ini. Mungkin ada udang di sebalik batu?
Diharap Neelofa bersabar dengan dugaan dan cabaran sebegini. Adat berniaga pasti akan ada yang cuba menjatuhkan kita. Apa-apa pun, kami harap Neelofa boleh tampil dan menjelaskan perkara sebenar agar tiada lagi pihak yang memburukkan namanya.