Gegaran penyanyi Haida nampaknya sudah terhenti apabila beliau tersingkir pada minggu ke 4, konsert Gegar Vaganza 2017. Duet beliau bersama Ezad Lazim menerusi lagu Memori Daun Pisang dikatakan tidak serasi dan mendapat markah terendah iaitu 53.2 peratus sahaja oleh juri profesional.
Minggu ini Pak Ngah ditugaskan sebagai juri jemputan manakala Datuk Ramlis MS dan Hetty Koes Endang pula sebagai juri tetap. Markah GV4 adalah 100% daripada juri
Berikut antara komen Hetty Koes Endang terhadap persembahan Haida :-
Lagunya bagus, namun semasa nyanyian duet tiada harmoni dan seperti tak ada keserasian. Nampak tak lengkap, ini adalah pertandingan!
Antara artis yang berjaya mara ke pertandingan minggu hadapan ialah Firman, Hazami, Aqasha, Lan (Kristal), Tia (Jinbara), Aishah, Elyana, Liza Hanim dan Syura.