Melalui laporan Paultan.org, baru-baru ini, berkongsikan data jenama kenderaan elektrik (EV) yang popular di Malaysia setakat Februari 2025 dan data tersebut merupakan data pendaftaran terbaru yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Difahamkan melalui data yang dipaparkan, jenama kereta EV milik China iaitu BYD mengungguli tempat pertama, di mana lebih 1100 unit kenderaan EV telah dihantar kepada pembeli.
Tempat kedua pula diduduki oleh jenama tempatan, Proton iaitu jenama tunggal mereka, Proton e.Mas yang sudah terjual sebanyak 1001 unit.
Manakala, jenama kereta EV yang sebelum ini menjadi rebutan ramai iaitu Tesla menduduki tempat ketiga, di mana jumlah unit terjual tidak sampai separuh seperti Proton.
Tesla hanya berjaya menjual sebanyak 13 unit pada Januari 2025 dan 443 unit pada bulan Februari.