“Duduk Sahaja Di Luar Masjid, Dapatkan Keberkatan..” – UAI Jawab Persoalan Wanita Dalam Haid Ingin Turut Serta Solat Hari Raya

Kehidupan

“Duduk Sahaja Di Luar Masjid, Dapatkan Keberkatan..” – UAI Jawab Persoalan Wanita Dalam Haid Ingin Turut Serta Solat Hari Raya

Seperti yang ramai tahu, salah satu aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam ketika hari raya adalah solat hari raya berjemaah di masjid. Namun begitu, ada soalan yang diajukan berkenaan adakah boleh untuk wanita yang sedang dalam haid untuk datang ke masjid semasa solat hari raya.

Kehebatan solat hari raya

Menerusi sebuah video, pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus atau UAI menjelaskan wanita amat digalakkan untuk datang ke masjid bagi menghadiri solat sunat hari raya meskipun berada dalam hadas besar.

Advertisement

Kalau solat jumaat, perempuan tak disuruh atau digalakkan pun untuk datang tapi solat hari raya mereka digalakkan hadir ke masjid dan hukum untuk mereka sunat raya adalah sunat.

 

Itu yang hebatnya solat hari raya ini, sampaikan perempuan yang dalam haid pun disuruh untuk pergi juga.

 

Ada beberapa hadis antaranya hadis riwayat daripada Ummu ‘Athiah R.A, dia ceritakan bahawa, ‘Kami di zaman Nabi Muhammad SAW diperintahkan untuk pergi sembahyang raya’.

 

‘Begitu juga anak-anak perempuan dan mereka yang berada dalam keadaan haid untuk ke masjid sewaktu solat hari raya’.

uai

Dapatkan keberkatan hari raya

Bukan itu sahaja, Azhar turut berkata para wanita yang sedang haid boleh datang ke masjid dan duduk di luar kawasan masjid bagi mendapatkan keberkatan solat hari raya di samping mendengar khutbah solat hari raya.

Tapi timbul pula persoalan orang ramai macam mana orang perempuan dalam haid nak solat, kan haram hukumnya?

 

Okay dengar baik-baik, maksudnya disini ialah orang perempuan yang dalam haid keluarlah ke tempat orang menunaikan solat hari raya tanpa masuk ke dalam masjid.

 

Duduk sahaja di luar masjid untuk dapat keberkatan takbir, solat dan khutbah solat hari raya.

@mcniza8 #ustazazharidrus #ustazazharidrusofficial #solatraya #haid #nifas #fypシ #CapCut ♬ original sound – McNiza

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

uai
3 weeks ago

Ramai Sedang Membuat Persiapan Raya, Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum Pasang Pelita - "Tengok Apa Maksud & Tujuan.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...