Berikutan penularan pandemik COVID-19 yang kini memasuki gelombang kedua dan yang kini mencatatkan lebih 1,000 kes, rata-rata artis Malaysia tampil memberi nasihat agara semua orang mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan sehingga 31 Mac ini.
Tidak ketinggalan, selebriti popular Rozita Che Wan atau mesra dengan panggilan Che Ta turut menyeru rakyat agar duduk dirumah sepanjang tempoh 14 hari kuarantin tersebut.
Menurut Che Ta, dia menggunakan peluang ini untuk dia lebih meluangkan masa bersama suaminya, Zain Saidin di rumah.Bolehlah bermanja dan bermesra serta mengeratkan hubungan suami isteri.
Lebih manis dan romantik, Che Ta turut memuat naik fotonya sedang memeluk Zain. Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, ada yang memuji Che Ta tetap maintain ‘vogue’ dan cantik meskipun duduk di rumah.
Ada juga yang mengusik kemesraannya dan suami dan siapa tahu lepas ini Aisyah akan dapat adik baru.
Amboi, bukan main manja Che Ta dan suami. Baguslah dapat luangkan masa bersama insan tersayang. Siapa tahu ada ‘chance’ Aisyah dapat adik selepas ini. Heh..