“Duduk Dengan Awek Serumah, Tak Bayar Hutang Orang, Biadap” – ‘Youtuber’ Popular Buat Konten Bersekedudukan Ganggu Privasi Jiran

Trending

“Duduk Dengan Awek Serumah, Tak Bayar Hutang Orang, Biadap” – ‘Youtuber’ Popular Buat Konten Bersekedudukan Ganggu Privasi Jiran

Seorang youtuber yang popular dengan konten beramai-ramai dan pergaulan bebas lelaki serta perempuan dimarahi jiran tetangga kerana mengganggu privasi.

Difahamkan, youtuber lelaki itu menyewa rumah banglo di kawasan perumahan mewah di Cyberjaya dan di situ jugalah tempat dia merakamkan konten bersama yang lain.

Advertisement

Namun, ramai jiran yang terdiri daripada golongan T20 merungut dan tidak tahan dengan kumpulan remaja itu semua kerana bising dan tidak menghormati privasi jiran tetangga.

Orang berada ni sanggup beli rumah berjuta nak tenang, nak privasi. Datang budak Youtuber baru nak merasa pegang duit banyak sikit, buat hal dekat perumahan mewah.

ammar

Malah, dia juga dikatakan tinggal serumah dengan rakan wanitanya dan didakwa tidak membayar hutang sehingga pemiutang datang menuntut di rumah.

Bukan itu sahaja, jiran turut mendakwa staf youtuber tersebut biadap dan sering bergaduh dengan pengawal keselamatan selain membuat bising dengan kenderaan mereka jam 1 pagi.

Pihak Jabatan Agama Islam Selangor juga dikatakan pernah menyerbu rumah tersebut namun tiada tindakan yang diambil dan mereka tetap meneruskan kegiatan seperti biasa.

ammar

Terdahulu, nama youtuber yang sama ini juga menjadi bualan warganet kerana membuat konten yang boleh memberikan pengaruh buruk kepada penontonnya yang terdiri daripada kanak-kanak serta remaja.

youtuber
2 years ago

"'Prank' Mengandung, Bersekedudukan Satu Rumah" - JAKIM Diminta Siasat 'YouTuber' Muat Naik Video Pergaulan Bebas

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...