“Duduk Bersebelahan Tak Semestinya Bercinta Atau Berkawan” – Amelia Handerson

Hiburan

“Duduk Bersebelahan Tak Semestinya Bercinta Atau Berkawan” – Amelia Handerson

Pelakon jelita, Amelia Handerson tampil membuka mulut setelah namanya terpalit dengan kontroversi sedang menjalin hubungan cinta bersama anak penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aazief Khalid.

Kata Amelia, dia tidak menjangka kelibatnya duduk bersebelahan dengan Aazief ketika konsert Datuk Siti pada 11 Ogos lalu itu boleh menimbulkan spekulasi sedemikian rupa.

Advertisement

Cuma kebetulan saya duduk bersebelahan dengan Aazief dan wajah kami ada dalam video yang dimuat naik kakak ipar Aazief iaitu Tya Ariffin. Saya kasihan kepada Aazief sebab dia lelaki yang baik. Tak sangka ada pula pihak buat spekulasi mengenai kami.

Saya nak jelaskan walaupun kami duduk bersebelahan, tak semestinya kita jatuh cinta atau berkawan. Saya yakin dia mesti terkejut dengan apa yang berlaku ni.

Ujar aktres itu lagi, dia tidak tahu bagaimana caranya untuk memohon maaf kepada pihak terlibat kerana telah membabitkan mereka dalam hal peribadi dirinya.

Sekarang saya tak tahu bagaimana nak minta maaf kepada mereka sebab secara tak langsung dah membabitkan mereka dalam hal peribadi saya. Saya mungkin dah faham dengan dunia industri seni ini. Misalnya kalau saya berlakon dengan mana-mana pelakon lelaki, akan ada yang ‘kenenkan’ saya.

Berikuta itu, penjelasan Amelia sekaligus menepis dakwaan dia kini bercinta dengan anak tiri penyanyi tersohor itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Tya ariffin beri respon adik ipar bercinta dengan Amelia handerson
4 months ago

"Mereka Masih Berkawan" - Tya Ariffin Buka Mulut Mengenai Spekulasi Aazief Khalid Dan Amelia Handerson Bercinta

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Murai

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...