Duduk Bersama Remaja Perempuan, Yasmin Aziz Dakwa Bapa Kandung Seorang Pedofilia?

Hiburan

Duduk Bersama Remaja Perempuan, Yasmin Aziz Dakwa Bapa Kandung Seorang Pedofilia?

Penyanyi meningkat naik, Yasmin Aziz memuat naik satu video di TikTok mendakwa bapa kandungnya berkemungkinan seorang pedofilia.

Dalam hantaran tersebut, dia menceritakan perkara itu berlaku beberapa bulan lalu apabila dia menelefon bapa kandungnya namun panggilan dijawab oleh dua orang remaja perempuan.

Advertisement

Yasmin turut memberitahu kedua-dua remaja perempuan itu duduk bersama bapa kandungnya di dalam bilik hotel dan menerusi panggilan telefon, bapa kepada penyanyi itu hanya mengaku Yasmin sebagai seorang sahabat dari Malaysia.

Apabila bapa saya akhirnya mengangkat panggilan, terdapat dua remaja sedang melepak di dalam bilik hotelnya.”

Kemudian remaja tersebut bertanya siapakah saya, bapa saya berkata ‘Oh, dia kawan saya dari Malaysia’. Saya menjawab ‘Tidak, saya anak awak. Sampai hati awak?”

@yazminaziz

Cant believe this is a true story about my biological father in Canada ? #fyp #tiktokmy #truestory

? original sound – Yazmin Aziz – Yazmin Aziz

Tambahnya lagi, remaja perempuan berkenaan juga mempunyai tatu dan bertindik penuh di muka.

Pada hujung video, Yasmin menerangkan bapa kandungnya tidak lagi menelefon atau menghantar sebarang pesanan selepas kejadian itu berlaku yang membuatkan dia terfikir sama ada bapanya seorang pedofilia.

Dia tidak lagi mesej saya, tiada panggilan, tiada mesej, tiada jawapan, tiada apa-apa. Ia membuatkan saya terfikir adakah bapa saya seorang pedofilia?”

Sekadar info, ibu dan bapa kandung kepada peserta Big Stage 2022 telah pun berpisah sejak dia berumur tiga tahun.

2 years ago

"Saya Bukan Pandai Sangat Agama" - Yasmin Aziz Mohon Maaf Tentang Kekeliruan Agama Kekasih

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...