Selain aktif berniaga, Zarina Anjoulie juga boleh dikatakan seorang yang lantang bersuara dalam memberikan pendapatnya mengenai setiap isu semasa yang hangat diperkatakan. Meskipun kata-kata yang dikeluarkan olehnya agak pedas dan kata orang ‘makan dalam’, hakikatnya Zarina sangat jujur dengan pandangan yang diberikan.
Terbaru, Zarina tampil mengritik penyanyi rap popular Caprice yang terkenal menerusi siri video Bang Bang menerusi akaun Instagramnya. Diangkat sebagai “pakar motivasi” memberikan ceramah di sekolah dan universiti, Zarina mempersoalkan erti jihad yang sering dilaung-laungkan oleh Caprice.
Menurut Zarina, Caprice adalah pak cik bawang yang sebenarnya kerana artis itu tidak langsung mencerminkan jihad yang dilaungkan dan hanya duduk di atas kerusi mengkritik setiap perbuatan orang lain.
Ramai yang bersetuju dengan kenyataan Zarina, mereka menganggap Caprice seorang yang bangga diri dan perasan dirinya selalu betul sedangkan dia juga tidaklah begitu sempurna.
Apa pula respon balas Caprice terhadap komen Zarina? Agak-agak korang, ada tak video Bang Bang mengenai isu ini?