Dua Wartawan Australia Diarah Pulang, Selepas Rempuh Kawalan Keselamatan PM

Trending

Dua Wartawan Australia Diarah Pulang, Selepas Rempuh Kawalan Keselamatan PM

Cdjf1D5UUAEaJZ3

Dua wartawan warga Australia yang ditahan baru-baru ini kerana merempuh kawalan keselamatan sewaktu Majlis Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Kampung Haji Baki, Kota Sentosa di sini pada Sabtu lalu, tidak didakwa di mahkamah sebaliknya diarahkan meninggalkan negara ini.

Advertisement

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Senior Asisten Komisioner Dv Kumar, dua lelaki itu diarah meninggalkan negara ini mengikut Seksyen 8(3)(h) Akta Imigresen 1959/63.

Menurutnya juga, polis sudah menghantar kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya semalam.

Timbalan Pendakwa Raya bagaimanapun mengarahkan tiada pertuduhan terhadap kedua-dua lelaki terbabit.

Mereka cuma diarahkan meninggalkan negara ini,” katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Pada Sabtu lalu, dua wartawan Australia, Eroglu Levent dan Linton Joshua Besser telah ditangkap di Kota Sentosa kerana gagal mematuhi arahan polis dan merempuh kawalan keselamatan ketika lawatan Perdana Menteri.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...