Dua Warga Emas Sembuh Dari Jangkitan COVID-19 Selepas Menerima Rawatan Terapi Plasma Darah

COVID-19

Dua Warga Emas Sembuh Dari Jangkitan COVID-19 Selepas Menerima Rawatan Terapi Plasma Darah

China sebelum ini telah memperkenalkan alternatif baru untuk merawat pesakit COVID-19 yang kritikal dengan menggunakan rawatan terapi plasma darah. China National Biotac Group Co, syarikat pembuat perubatan juga telah mengesahkan pesakit yang menjalani rawatan infusi plasma darah menunjukkan perubahan yang positif dalam tempoh 24 jam.

Justeru, pihak kesihatan China telah menggesa pesakit COVID-19 yang telah sembuh untuk menderma darah untuk tujuan plasma darah diekstrak. Plasma darah yang dikumpul akan digunakan untuk merawat pesakit yang dalam keadaan kritikal.

Advertisement

petugas perubatan

Laporan terkini yang diperolehi mendapati dua warga emas Korea Selatan yang dijangkiti virus COVID-19 telah sembuh semula. Mereka telah menjalani rawatan plasma darah daripada pesakit yang sudah sembuh sebelum ini.

Warga emas yang berusia 71 tahun telah kembali pulih setelah dirawat dengan menggunakan plasma darah daripada pesakit dalam lingkungan umur 20-an yang ditambah rawatan steroid.

Manakala warga emas berusia 67 tahun, penghidap pneumonia kronik tidak memberi apa-apa maklum balas terhadap ubat malari, HIV mahupun rawatan oksigen. Tetapi diberitahu telah beransur sembuh setelah menerima rawatan terapi plasma yang sama.

plasma darah

Berdasarkan kajian para saintis, plasma darah yang diambil daripada pesakit yang telah sembuh berupaya menguatkan sistem antibodi dan daya pertahanan tubuh badan pesakit COVID-19.

Penyelidik dari Severence Hospital pula berpendapat terapi ini mungkin akan dijadikan rawatan pengganti kepada pesakit kritikal yang tidak memberi sebarang tindak balas kepada ubat antiviral. Sungguhpun begitu, ujian klinikal skala besar perlu dijalankan untuk memastikan tahap keberkesanan berada di tahap yang tinggi.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...