Dua Wanita Kena Cabul Dalam Masa Satu Hari, Polis Buru Lelaki Gila S*ks Bermata Juling

Berita

Dua Wanita Kena Cabul Dalam Masa Satu Hari, Polis Buru Lelaki Gila S*ks Bermata Juling

Kecoh di media sosial semalam apabila seorang individu mendedahkan bahawa dua orang rakannya telah diganggu secara seksual di sebuah pusat membeli-belah.

Difahamkan, pusat membeli belah itu pernah merekodkan satu kejadian yang sama pada tahun lalu.

Advertisement

Dalam untaian Tweet tersebut, wanita itu didatangi seorang lelaki yang menawarkan pertolongan untuk membantunya menyimpan barang dalam kereta.

Perkara tersebut turut disahkan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof di mana dia memaklumkan bahawa pihak polis sedang giat memburu suspek kes cabul itu.

Wanita itu memberitahu bahawa dia tidak memerlukan pertolongan, namun lelaki itu tetap mengambil barang dan memasukkan ke dalam kereta mangsa.

Tiba-tiba lelaki tersebut telah menyentuh dan meramas punggung mangsa secara kasar sebelum melarikan diri.

Kamarul turut memberitahu bahawa suspek berpakaian hitam, menyandang beg silang hitam, memakai pelitup muka, rambut dan berkulit gelap selain meninggalkan bahan bukti iaitu selipar yang dipakainya di tempat kejadian.

Mangsa hanya nampak lelaki itu matanya juling. Wanita itu juga tidak kenal dan tidak pernah bertemu dengan lelaki itu sebelum ini.

Maninjau ruangan komen untaian Tweet yang dimuatnaik kawan mangsa, dipercayai terdapat tiga kes cabul dilaporkan pada hari yang sama di lokasi berkenaan.

Kes cabul itu dilaporkan akan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan pihak pengurusan pusat membeli belah itu juga telah membuat permohonan maaf kepada mereka yang terkesan dan akan bekerjasam dengan pihak berkuasa bagi mengesan individu yang terlibat dalam kes ini.

PDRM
2 years ago

YouTuber Terkenal Dan 3 Rakan Ditahan Polis Atas Tuduhan Bunuh Kekasih

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...