Dua Wanita Bertengkar Tapi Lain Pula Jadi Tumpuan Netizen

Trending

Dua Wanita Bertengkar Tapi Lain Pula Jadi Tumpuan Netizen

Tidak dinafikan, setiap individu pastinya pernah melalui situasi pergaduhan atau bertengkar dengan individu lain. Situasi ini boleh terjadi disebabkan pelbagai isu yang timbul seperti isu kawangan, harta, kuasa dan sebagainya.

Sebagai individu yang matang, kita seharusnya mencuba menyelesaikan sesuatu masalah atau isu itu dengan pendekatan yang lebih baik tanpa perlu melibatkan pergaduhan dan bertengkar dengan individu lain.

Advertisement

6 bulan lalu

(VIDEO) Enggan Periksa Suhu Badan, Pelanggan Tampar ‘Pak Guard’ Sehingga Pengsan

Namun, kadangkala pergaduhan itu tidak dapat kita hindari walaupun sudah mencuba untuk menyelesaikannya dengan cara yang elok.

Apa-apa pun, tidak perlulah bergaduh sehingga menyebabkan kecederaan kepada orang lain dan selagi boleh dielak lebih baik kita elaklah ya.

Netizen terhibur dengan suara dua wanita yang sedang bertengkar

Baru-baru ini tular di laman media sosial TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna yang memaparkan situasi dua orang wanita sedang bertengkar sambil diperhatikan oleh pasangan mereka di dalam sebuah rumah.

Advertisement

Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan dua wanita itu sedang bertengkar sesama mereka tanpa diketahui puncanya. Namun, ramai yang tidak faham akan apa yang dikatakan oleh mereka kerana suara mereka yang nyaring dan bergema.

Suara mereka yang nyaring itu telah mendapat perhatian ramai netizen dan ramai penonton perkongsian video tersebut dilihat terhibur gara-gara suara kedua-dua wanita itu.

“Macam bunyi nyamuk berdesing dekat telinga aku saja oii”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 247.2 ribu tontonan, 8.5 ribu tanda like dan 1.7 ribu komen. Rata-rata netizen merasa terhibur melihat gelagat dua wanita itu bertengkar kerana suara mereka yang lucu.

Dua wanita bertengkar

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Dua wanita bertengkar

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ada juga yang mengatakan mereka hadir ke perkongsian video tersebut bukan kerana mahu menonton video itu tetapi hanya mahu membaca komen-komen netizen yang lucu mengenai suara kedua-dua wanita itu.

Tidak kurang juga yang berseloroh mengatakan suara dua wanita tersebut dilihat serupa seperti suara chipmunk, bunyi nyamuk, bunyi lap cermin dan bunyi geseran kasut di court badminton.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...