Pempengaruh media sosial, Sarah Yasmine tampil menuntut penjelasan daripada selebriti, Bella Astillah dan adiknya, Didi Astillah susulan dakwaan kegagalan menunaikan janji yang pernah diberikan kepadanya.
Menerusi satu hantaran di Threads, Sarah mendedahkan bahawa dia telah menunggu hampir dua tahun untuk perkara tersebut diselesaikan, namun sehingga kini masih tiada perkembangan.

“Sekarang pun nampaknya sudah bahagia, alhamdulillah. Saya cuma ingin bertanya, bila awak berdua mahu menunaikan kata-kata dan janji yang pernah diberikan kepada saya? Sudah dua tahun saya menunggu.”
Dalam masa sama, Sarah turut menjelaskan bahawa dia selama ini memilih untuk berdiam diri walaupun terpaksa berdepan pelbagai kecaman, ugutan dan tekanan demi menjaga nama baik kedua-dua selebriti berkenaan serta kesejahteraan anak-anak mereka.
“Saya dah lama berdiam diri. Saya tanggung segala kecaman, ugutan, dan semuanya hanya untuk melindungi awak. Apa yang saya lakukan bukan sahaja untuk awak, tetapi juga demi kesejahteraan anak-anak awak juga.”
Namun, menurutnya, keadaan kini semakin melampau apabila anak-anaknya sendiri turut menjadi sasaran sindiran dan fitnah.
“Tapi bagaimana pula dengan anak-anak saya? Anak-anak saya kini turut menjadi bahan ejekan dan keadaan semakin melampau.”
“Jadi kenapa kamu masih tidak melakukan apa-apa untuk melindungi anak-anak saya?”
Sarah turut menegaskan bahawa dia sudah tidak sanggup lagi hidup dalam keadaan yang diselubungi kepalsuan dan memberi bayangan untuk tampil mendedahkan perkara sebenar.
“Hari ini saya lakukan apa yang kamu minta ketika saya berada di Kuala Lumpur bersama ibu saya untuk berjumpa kamu, atau saya sendiri akan tampil mendedahkan segalanya demi masa depan anak-anak saya.”
Terdahulu, nama Sarah menjadi perhatian ramai selepas mengakui dirinya sebagai kekasih kepada penyanyi, Aliff Aziz yang juga bekas suami kepada Bella.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
