Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi menerusi satu hantaran di Thread tampil memberikan penjelasan setelah dia dilihat seakan-akan menghentam menantunya, Aslam di media sosial.
Tulis Abby, dia sudah membiarkan Aslam bertindak sesuka hati terhadap anak perempuannya, Marissa selain mendakwa telah mengikuti kehendak anaknya untuk terus bersama lelaki itu.
Dah 2 tahun saya biarkan cerita ini berlalu. Saya biarkan anak saya merasa sendiri pahit manis jalan yang dia pilih. Saya biarkan pihak lelaki buat apa saja sebab kata dia ada hak sebagai suami. Takpelah hilang hakpun sebagai ibu sebab ikutkan kehendak anak.
Tapi yang saya update nak selamatkan anak saya dari hubungan toksil (antara dia dengan pihak lelaki) tu hal baru. 2 tahun berlalu.
Menurut Abby lagi, dia sudah lama membiarkan Marissa berada dalam hubungan yang toksik dan menyusahkan diri sendiri.
Kisah perkahwinan anak kepada pelakon dan pengacara terkenal, Norman Hakim dan Abby Abadi , iaitu Marissa Dania Hakim bersama suaminya Aslam masih hangat diperkatakan di media sosial sehingga kini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.