Dua Selebriti Masih Liat Bayar ‘Roadtax’ & Insurans Kereta Mewah Jutaan Ringgit, Bagi Alasan Hanya ‘Weekend Car’

Berita

Dua Selebriti Masih Liat Bayar ‘Roadtax’ & Insurans Kereta Mewah Jutaan Ringgit, Bagi Alasan Hanya ‘Weekend Car’

Pengarah Kanan Penguatkuasaan JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan, mendedahkan dua selebriti yang mempunyai kenderaan mewah bernilai jutaan ringgit dikesan masih ‘liat’ membayar cukai jalan dan perlindungan insurans bagi aset tersebut.

‘Park’ di rumah je

Tambahnya, hasil risikan dan siasatan pihaknya menerusi Ops Luxury yang diadakan di seluruh negara membawa kepada penemuan itu.

Advertisement

Kita dapati ada dua lagi selebriti yang belum bayar cukai jalan kenderaan mewah mereka. Hasil pemerhatian kita, mereka tidak lagi memandu kenderaan itu yang diletakkan di rumah, hanya guna kenderaan lain untuk keluar.

Bagi alasan ‘weekend car’

Terdahulu, pihaknya mendedahkan terdapat selebriti dan ahli perniagaan yang merupakan pemilik kenderaan mewah seperti Ferrari, Lamborghini dan Porsche yang dikesan ‘liat’ membayar cukai jalan dan perlindungan insurans dalam tempoh yang lama.

Difahamkan, mereka menggunakan alasan  jarang menggunakan kenderaan berkenaan kecuali sebagai weekend car (kereta hujung minggu).

Muhammad Kifli menegaskan perkara itu tetap menjadi satu kesalahan kerana cukai jalan dan insurans tidak diperbaharui dalam tempoh masa lama.

2025-04-11 12:35:20

Bayar Cukai RM12 Juta Selepas Siasatan SPRM, ‘Datuk’ Industri Hiburan Terkait Kes Rasuah dan Penyeludupan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...