Dua Restoran Nasi Kandar Di Kepala Batas Diarah Tutup Selama Seminggu

COVID-19

Dua Restoran Nasi Kandar Di Kepala Batas Diarah Tutup Selama Seminggu

Dua restoran nasi kandar di daerah Kepala Batas diarahkan menutup perniagaan selama tujuh hari kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor menyatakan arahan itu dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dalam operasi bersama pihak polis hari semalam.

Advertisement
Antara kesalahan yang dilakukan oleh restoran terbabit ialah tidak mengehadkan jumlah pengunjung dan tiada penjarakan fizikal sesama pelanggan, katanya dalam kenyataan.

Menurutnya operasi yang bermula pada 5 petang itu turut menyaksikan tiga kedai makan termasuk sebuah restoran mi goreng yang terkenal di daerah ini diberi amaran kerana tidak mengikut SOP kerajaan.

Kelima-lima restoran berkenaan juga dikenakan kompaun RM1,000 masing-masing.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...