Dua restoran nasi kandar di daerah Kepala Batas diarahkan menutup perniagaan selama tujuh hari kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor menyatakan arahan itu dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dalam operasi bersama pihak polis hari semalam.
Menurutnya operasi yang bermula pada 5 petang itu turut menyaksikan tiga kedai makan termasuk sebuah restoran mi goreng yang terkenal di daerah ini diberi amaran kerana tidak mengikut SOP kerajaan.
Kelima-lima restoran berkenaan juga dikenakan kompaun RM1,000 masing-masing.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.