Dua Remaja Perempuan Antara Yang Disiasat Polis, Selamba Tayang Dadah & ‘Dapur’ Ketika Sesi ‘Live’ – “Saya Nak Batu…”

Kehidupan

Dua Remaja Perempuan Antara Yang Disiasat Polis, Selamba Tayang Dadah & ‘Dapur’ Ketika Sesi ‘Live’ – “Saya Nak Batu…”

Tular tentang beberapa individu termasuk dua gadis muda selamba tayang sesuatu dipercayai dadah dan ‘dapur’ ketika sesi siaran langsung di media sosial.

Ketika live itu, dia menunjukkan plastik kecil lutsinar disyaki mengandungi barang terlarang. Malah, ramaja perempuan itu juga bangga berkata dia mempunyai dua ‘serbuk’.

Advertisement

“Awak ada kampit (berisi serbuk), saya ada dapur,” kata seorang lelaki ketika siaran langsung itu.

dadah jenis syabu

Gambar hiasan

Dua remaja perempuan tersebut dilihat bergelak ketawa sebelum salah seorang daripada mereka kemudian berkata; ‘aku nak batu’.

Seorang lelaki pula kemudian membuka akses kameranya dan menunjukkan sesuatu dipercayai alat ‘dapur’ digunakan untuk dadah jenis syabu.

Warganet yang mendengar rata-ratanya faham maksud tersembunyi daripada perkataan yang mereka katakan. Mereka percaya istilah batu yang dikatakan remaja itu merujuk kepada syabu.

*Batu atau ais adalah istilah lain untuk dadah jenis syabu

 

Polis sedang siasat

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Datuk Seri Khaw Kok Chin mengesahkan pihaknya sudah meneliti rakaman itu dan sedang melakukan siasatan.

Salah seorang individu yang dipercayai terbabit dalam video itu juga sudah membuat laporan polis hari ini di Melaka. Polis akan memanggil individu lain yang terbabit untuk membantu siasatan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

megi stesen minyak
4 months ago

Masak Mi Segera Dekat Stesen Minyak, Geng Honda Dakwa Nak 'Healing' - "Bangga Tayang Keb*dohan"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...