Dua Remaja Meninggal Dunia Ketika Lumba Haram, Tiada Lesen Dan Tak Pakai Helmet

Trending

Dua Remaja Meninggal Dunia Ketika Lumba Haram, Tiada Lesen Dan Tak Pakai Helmet

Petang semalam terdapat satu kemalangan yang membabitkan dua remaja lelaki dipercayai ketika mereka sedang berlumba di landasan Lapangan Terbang Lama Tawau.

Menurut laporan Harian Metro, kedua-dua mereka yang masing-maisng berumur baru saja 15 dan 16 tahun meninggal dunia di tempat kejadian yang berlaku dalam lingkungan 5:30 petang semalam. Allahu!

Advertisement

Setelah sisasatan dibuat, kemalangan berlaku apabila motosikal yang ditungganh mereka bertembung antara satu sama lain. Mereka juga tidak memakai topi keledar dan tidak mempunyai lesen dan disyaki telah terlibat dalam perlumbaan haram kata Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas.

Ujian saringan juga diambil ke atas mereka dan mendapati salah seorang daripadanya positif.

Bagaimanapun, sampel darah mereka sudah diambil untuk dianalisa dan proses bedah siasat akan dijalankan bagi mengetahui punca kematian.

Siasatan lanjut masih dijalankan dan kemalangan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...