Dua Remaja Mabuk Kencing Dalam Periuk Hotpot, Mahkamah Arah Bayar Pampasan RM1.3 Juta

Kehidupan

Dua Remaja Mabuk Kencing Dalam Periuk Hotpot, Mahkamah Arah Bayar Pampasan RM1.3 Juta

Dek kerana berperangai tidak senonoh, dua remaja di China diperintahkan untuk membayar pampasan sebanyak 2.2 juta Yuan (RM1.3 juta) kepada dua syarikat katering.

Menurut laporan, perintah itu dikenakan terhadap mereka selepas kedua-dua melakukan perbuatan jijik dengan membuang air kecil di dalam periuk sup sebuah restoran hotpot Haidilao cawangan Shanghai.

Advertisement

Difahamkan, insiden tersebut berlaku pada Februari dan dua remaja berusia 17 tahun berkenaan melakukan perbuatan itu ketika mereka dalam keadaan mabuk.

makan hotpot

Restoran Haidilao kemudian menuntut kerugian  lebih 23 juta yuan (RM13.5 juta) dengan mengambil kira jumlah pampasan yang dibayar kepada pelanggan atas kejadian itu.

Haidilao telah menawarkan untuk membayar pampasan kepada lebih 4,000 pengunjung yang mengunjungi cawangan itu antara 24 Februari iaitu tarikh lawatan defendan, hingga 8 Mac.

Restoran tersebut juga menggantikan semua peralatan hotpot dan menjalankan kerja-kerja pembersihan serta pembasmian kuman selepas insiden itu.

Pada Jumaat lalu, mahkamah mendapati dua remaja itu  telah melanggar hak harta syarikat serta reputasi melalui tindakan penghinaan, lapor Kosmo.

Mahkamah menyatakan bahawa tindakan kedua-dua defendan mencemarkan pinggan mangkuk dan menyebabkan ketidakselesaan yang teruk dalam kalangan orang ramai.

Mahkamah juga mendapati bahawa ibu bapa defendan gagal menunaikan kewajipan penjagaan dan memerintahkan mereka menanggung bayaran pampasan itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

nurse dapat pampasan dijeling doktor klinik
2025-09-03 11:07:52

Kena Jeling Dengan 'Officemate'? Jururawat Ini Menang Pampasan RM143K Akibat Selalu Dijeling Rakan Sekerja

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...