Dua Rakyat Malaysia Dari Penerbangan Khas Wuhan Positif Wabak Coronavirus

Trending

Dua Rakyat Malaysia Dari Penerbangan Khas Wuhan Positif Wabak Coronavirus

Semalam, penerbangan khas dari Wuhan yang membawa rakyat Malaysia selamat tiba di tanah air. Sejurus mendarat, mereka melalui tapisan kesihatan dan dikuarantin sebagai langkah pencegahan wabak tersebut.

Baca: Kementerian Kesihatan Sahkan Rakyat Malaysia Pertama Positif Coronavirus

Advertisement

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan dua daripada mereka disahkan positif wabak coronavirus melalui pengumuman sidang media tadi. Kedua-dua mereka yang merupakan anak beranak itu kini ditempatkan di wad isolasi Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk rawatan lanjut.

Warga tempatan pertama ialah seorang lelaki berusia 45 tahun, manakala seorang lagi anak lelakinya berusia sembilan tahun. Manakala, dua ahli keluarga lain iaitu isteri lelaki itu dan anak perempuannya didapati negatif daripada wabak berkenaan.

Pada masa ini, sebanyak 3 kes melibatkan warganegara Malaysia disahkan positif wabak coronavirus dan 9 warganegara China yang masih di dalam rawatan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...