Dua Rakyat Indonesia Dikurung Di Dalam Rumah Berhantu Selepas Melanggar Arahan Kuarantin

COVID-19

Dua Rakyat Indonesia Dikurung Di Dalam Rumah Berhantu Selepas Melanggar Arahan Kuarantin

Hanya kerana gagal mengikuti arahan ‘self quarantine’, dua lelaki yang baru pulang dari bandar ke kampungnya diarahkan menjalani kuarantin di sebuah rumah berhantu. Arahan diberikan daripada pemerintah Sragen apabila kedua-dua lelaki itu melanggar perjanjian untuk melakukan ‘self quarantine’ sebaik tiba di kampung.

Ketua pemerintah Sragen iaitu Kusdinar Untung Yuni Sukowati mengambil langkah tegas itu selepas menerima laporan kedua lelaki ini tidak menjalankan kuarantin seperti yang dijanjikan pada awalnya. Sebelum ini, kedua-dua lelaki itu telah menandatangani surat persetujuan untuk melakukan kuarantin selama 14 hari.

Advertisement

Kedua-duanya diarahkan dikurung di dalam rumah berhantu yang terletak di tengah sawah padi dan jauh dari kampung.

rumah berhantu

Gambar hiasan

Walaupun dikurung di dalam rumah berhantu itu, kedua-dua mereka masih lagi diawasi setiap masa dan diberikan makanan serta minuman seperti biasa. Tindakan ini juga dilakukan sebagai satu pengajaran kepada yang lain untuk tidak memandang ringan soal kuarantin selepas pulang dari perjalanan yang jauh.

Akhirnya, dua warga itu dimasukan ke rumah kosong dan berhantu lalu dikunci dari luar. Kalau mereka itu bisa patuh mestinya tidak sampai dimasukkan ke rumah kosong dan dikunci dari luar.

Menurut pemerintah itu, beliau faham sekiranya ada penduduk yang ingin pulang ke kampung tetapi mereka perlu lah mengikuti arahan kuarantin selama 14 hari. Tetapi kedua-dua pemuda ini telah melanggar janji mereka dalam masa tidak sampai dua minggu.

Ketua pemerintah Sragen juga turut mengingatkan orang ramai untuk memakai topeng muka selepas 1 juta topeng muka akan mula diagihkan minggu hadapan. Menjawab mengenai soal kuarantin penduduk setempat, dia tetap akan melakukan perkara yang sama kepada mereka yang masih degil: “Kalau tidak mau ikut aturan untuk karantina mandiri ya masukin ke rumah kosong berhantu saja.”

Artikel berkaitan: (Video) Pemandu Ambulans Di Indonesia Sebak Kongsi Pengalaman Membawa Jenazah COVID-19

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...