“Dua Produk Akan Ditarik Balik Buat Sementara Waktu,” – Pengasas Vida Beauty

Trending

“Dua Produk Akan Ditarik Balik Buat Sementara Waktu,” – Pengasas Vida Beauty

23tarikbalik.transformed

Dua produk Qu Puteh iaitu, Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block yang dilaporkan mengandungi racun berbahaya akan ditarik balik dari pasaran Brunei dan Malaysia buat sementara berkuat kuasa hari ini, kata Pengasas syarikat Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman.

Menurut Hasmiza lagi, pihaknya akan melakukan penelitian terhadap dua produk berkenaan kerana sebelum ini masalah sedemikian belum pernah lagi berlaku.

Advertisement

Hasmiza mengumumkan penarikan itu susulan kenyataan dari Kementerian Kesihatan yang mengesahkan kedua-dua produk itu mengandungi merkuri yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik.

Saya akan melakukan penelitian secara terperinci terhadap dua produk berkenaan. Apa yang penting bagi kami adalah kesihatan pengguna.

Saya harap pengguna tidak ragu dan panik berhubung masalah ini. Sebelum ini tidak pernah berlaku masalah sebegini,” katanya sebagaimana lapor BH Online.

Hasmiza juga berkata walaupun kedua-dua produk itu diberhentikan jualan, produk kesihatan lain masih lagi dijual di pasaran seperti biasa.

Saya yakin produk kecantikan dan kesihatan yang lain tidak mempunyai masalah sama. Saya harap pengguna tidak hilang kepercayaan pada produk saya,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...