Dua Pelancong Malaysia Parah Dibakar Hidup-Hidup Oleh Penganggur Di Bangkok – “Suspek Mengaku Tertekan Dibuang Kerja”

Berita

Dua Pelancong Malaysia Parah Dibakar Hidup-Hidup Oleh Penganggur Di Bangkok – “Suspek Mengaku Tertekan Dibuang Kerja”

Dalam satu kejadian mengejutkan di Bangkok, dua pelancong Malaysia cedera parah selepas dibakar oleh seorang penganggur di Jalan Ratchadamri pada Khamis malam.

Menurut laporan, kejadian itu berlaku sekitar jam 10 malam dan suspek lelaki itu secara tiba-tiba menuang cecair pencair dari arah belakang dua rakyat Malaysia yang ketika itu sedang duduk di tangga berhampiran sebuah pusat beli belah.

Advertisement

Sempat berbual sebelum kejadian

Berdasarkan maklumat daripada saksi di tempat kejadian, suspek, Warakorn Pabtaisong, 30, dikatakan berbual dengan pasangan itu sebelum mereka beredar.

Rakaman ketika kejadian yang memaparkan mangsa meraung ketika sedang terbakar tular di media sosial dan orang awam yang berada di lokasi dilihat membantu memadamkan api tersebut. Warakorn berjaya ditangkap oleh orang awam sebelum sempat melarikan diri.

dua pelancong Malaysia parah dibakar di BangkokSumber : Khaosod English 
dua pelancong Malaysia parah dibakar di BangkokSumber : Khaosod English 

Polis Thai sedang siasat

Kuasa Usaha Sementara Malaysia ke Thailand, Bong Yik Jui berkata beliau telah melawat mangsa iaitu seorang lelaki bernama Ong, 26, dan seorang wanita, Gan, 27 yang kini dilaporkan kritikal.

Ong mengalami lecur tahap kedua di bahagian atas badan, depan dan belakang. Kecederaannya serius tetapi tidak mengancam nyawa.

Gan mengalami 36 peratus lecur tahap kedua, namun keadaannya stabil dan sedar.

Suspek yang ditahan di di Balai Polis Lumpini dilaporkan mengaku kepada polis bahawa dia bekas petinju dan turut mengaku tindakannya itu adalah secara rawak akibat tekanan kerana diberhentikan kerja sebagai pengawal keselamatan, yang menyebabkannya tidak mempunyai wang.

dua pelancong Malaysia parah dibakar di BangkokSumber : Khaosod English 

Sementara itu, pihak berkuasa Thailand memaklumkan siasatan sedang dijalankan berhubung insiden tersebut dan Kementerian Luar Negeri (KLN) berkata Malaysia memberi kepercayaan penuh kepada mereka untuk menyiasat secara telus dan menyeluruh.

Orang awam dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi mengenai insiden ini dan memberi ruang agar proses siasatan berjalan seperti sepatutnya.

2025-05-16 10:40:38

Bot TLDM Hilang Kawalan, Rempuh Bot Pelancong Ketika Latihan LIMA '25

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...