Dua Pelakon Popular Kantoi Rakam Aksi Mesra Di Photobooth – “Seronok Bercomolot”

Hiburan

Dua Pelakon Popular Kantoi Rakam Aksi Mesra Di Photobooth – “Seronok Bercomolot”

Dua pelakon popular yang dikaitkan sedang hangat bercinta mencetuskan kontroversi apabila gambar mesra mereka tersebar di sebuah photobooth di pusat beli-belah Wangsa Walk, Kuala Lumpur.

Menerusi foto yang dikirimkan kepada mStar, pasangan selebriti itu dilihat berpelukan mesra, malah ada aksi bercium di pipi dan bibir.

Advertisement

Foto-foto tersebut dipercayai tercetak secara automatik bersama gambar pelanggan lain sebelum ditampal di dinding photobooth berkenaan, sekali gus menjadi tontonan umum.

pelakon bercomolot

Seorang pengunjung yang menemui gambar itu mengakui terkejut dengan aksi tidak senonoh tersebut. Katanya,

Saya jalan-jalan saja nak tengok koleksi gambar photobooth, tapi bila nampak gambar artis itu, saya kecewa. Mereka kan public figure, patut tunjuk teladan baik.

Difahamkan, pelakon lelaki terbabit merupakan bekas peserta program pencarian bakat manakala heroin berasal dari Sabah. Walaupun kisah cinta mereka tidak pernah dihidu peminat, aksi yang bocor ini seakan mengesahkan hubungan istimewa antara keduanya.

nct wish ramadan
2025-07-22 15:39:53

"Tak Sensitif" - Jatuh Pada Bulan Ramadan, Peminat Kecam Penganjur Konsert K-Pop NCT Wish Di KL

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...