Dua Pelajar Banggakan Negara, Terpilih Ke Universiti Harvard

Trending

Dua Pelajar Banggakan Negara, Terpilih Ke Universiti Harvard

Satu lagi pencapaian membanggakan buat Malaysia, apabila dua rakyat Malaysia, Mohamed Aqil Azmi dan Zad Chin Qi Qi, telah terpilih sebagai pelajar di Universiti Harvard yang terkenal di seluruh dunia.

Kelab Harvard Malaysia, menerusi kenyataan hari ini, memaklumkan, kedua-dua pelajar itu akan menjadi sebahagian daripada kelas sarjana bagi tahun 2024.

Advertisement

Mohamed Aqil, 20 dari Shah Alam, bakal mengambil jurusan Matematik dan Falsafah. Manakala Zad Chin, 20, dari Ipoh, merancang mengambil jurusan Sains Komputer dan Pengajian Sosial.

“Kedua-dua pelajar pada masa ini sedang mengikuti pengajian A-Level di Kolej Yayasan UEM di Lembah Beringin, Selangor.”

Mereka juga difahamkan akan menerima tajaan daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Yayasan Khazanah bagi menyambung pelajaran mereka nanti.

Menurut kenyataan itu juga, terdapat sejumlah 40,248 permohonan untuk memasuki kelas pengajian Kolej Harvard bagi tahun 2024, namun hanya 1,980 pelajar diterima masuk dengan hanya 10.8 peratus pelajar antarabangsa.

Sebagai rekod, kali terakhir pelajar Malaysia diterima masuk ke Kolej Harvard adalah pada tahun 2017.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...