Selepas hampir dua minggu mendiamkan diri, pegawai kesihatan dan pempengaruh terkenal iaitu Aliff Zaki tampil memberi kenyataan susulan kontroversi yang menghimpit dirinya.
Aliff berkata, dia tidak boleh memberikan sebarang penjelasan berhubung isu yang tular itu namun dia telah menyerahkan segalanya kepada pihak yang bertanggungjawab untuk urusan selanjutnya.
Dua minggu saya diamkan diri dekat media sosial sebab ada urusan dekat alam realiti yang memerlukan fokus saya 100 peratus dan anda semua tahu lah apa. Jadi, saya pilih untuk diamkan diri dulu.
Untuk apa yang berlaku, saya taknak bagi penjelasan atau sebarang kenyataan kerana kes ini telah diserahkan kepada pihak peguam, kes ini di peringkat apa, fasa apa biarlah yang berkaitan saja yang tahu.
Pilih untuk diamkan diri
Dalam pada itu, dia juga memilih untuk mendiamkan diri kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan yang sudah tegang.
Saya tak mampu nak respon satu-satu, I was defenseless. Jadi lebih baik saya tidak bercakap apa-apa daripada saya tersalah cakap maka saya serahkan perkara ini kepada pihak yang bertanggungjawab.
Dia juga memberitahu bahawa dia juga sama seperti manusia biasa yang ada melakukan kesilapan namun dia akan cuba untuk memperbaiki dirinya agar menjadi manusia yang lebih baik.
Apa yang saya boleh beritahu adalah selagi masih hidup selagi itulah saya akan cuba perbaiki diri untuk jadi manusia yang lebih baik. Sepanjang dua minggu ini saya hidup namun saya tiada kehidupan.
@alepza11 Nama aku Aliff tu bahasa arab, alpha adalah benda sama dalam latin. Itu je, takde bawak maksud lain. Tapi mulai hari ni, aku tukar nama tiktok supaya takde salah faham. #dralphazaki ♬ original sound – Alpha Zaki – Aliff Zaki
Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat memberi respon yang positif dengan mendoakan agar urusan Aliff dipermudahkan dan mengharapkan dia mengambil pengajaran daripada apa yang terjadi.
Terdahulu, seorang doktor yang dikenali ramai di platform TikTok kini menjadi tumpuan selepas beberapa dakwaan mengejutkan mengenai salah laku peribadinya tular di media sosial, khususnya di aplikasi X.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di X, seorang wanita mendedahkan doktor tersebut didakwa pernah mengajaknya untuk ‘check-in’ di sebuah hotel pada bulan Ramadan yang lalu.