Keadaan penyanyi dan pelakon, Andi Bernadee dilaporkan semakin pulih dan berada dalam keadaan baik setelah hampir dua minggu mendapatkan rawatan dengan seorang ustaz selepas dirinya mendakwa telah menjadi mangsa ilmu hitam, baru-baru ini.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh pengurus Andi, Nasir Deraman yang memberitahu bahawa penyanyi itu sudah mula bekerja dan kini sedang menjalani sebuah rakaman program TV,
Namun begitu, pelakon drama Melastik Ke Hatimu ini khabarnya perlu lagi meneruskan rawatan tersebut untuk memastikan dirinya benar-benar pulih daripada gangguan sihir tersebut.
View this post on Instagram
“Andi sudah mula bekerja, tapi masih perlu dipantau. Setiap kali keluar dia perlu ada teman sebab keadannya masih on off lagi. Buat masa ini dia masih lagi mendapatkan rawatan. Benda-benda berkaitan ilmu hitam dan sihir ini memerlukan masa untuk berubat.”
Perkembangan terkini, Andi sedang menjalani penggambaran untuk sebuah program realiti terbitan Astro dan bakal membintangi sebuah drama yang akan ditayangkan tidak lama lagi.
Terdahulu, Andi Bernadee mendakwa telah menjadi mangsa ilmu hitam yang dihantar oleh seseorang sehingga menjejaskan kesihatan dan berada di luar kawalan.
View this post on Instagram
Penyanyi lagu Penat ini juga berkata bahawa kesan daripada sihit tersebut telah membuatkan dirinya bercakap seorang diri dan boleh bertutur dalam bahasa Siam.