Siapa sangka sukan Pickleball yang sedang menjadi fenomena kini akan ada acara sebesar ni?
Social Serve 2025, anjuran iMedia dengan kerjasama GKB, bakal berlangsung pada 29 November 2025 (Sabtu) bermula jam 10 pagi sampai 4 petang di PLAYA Racquet Club @ PARC Subang.
Dengan penampilan Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan, acara ni bukan sekadar kejohanan Pickleball tapi gabungan sukan, hiburan dan gaya hidup sihat dalam suasana yang santai.
Tak cukup dengan tournament Pickleball, pengunjung boleh join pelbagai aktiviti menarik dan lepak dengan komuniti aktif yang datang dari pelbagai latar.

Hidup chill dengan sihat
Penat main atau tengok perlawanan? Boleh singgah di Live Better Lounge iaitu satu area khas untuk anda rehat, networking dan cuba pelbagai produk kesihatan daripada GKB.
Paling istimewa, anda boleh merasa GKB Supplement Bar, di mana ia berkonsepkan juice bar tapi versi sihat.
Aktiviti sihat mestilah disertai dengan minuman sihat kan? Bar ini akan menyajikan suplemen popular dari GKB antaranya GKB Eurycozin yang mempunyai kebaikan untuk meningkatkan tenaga selain best seller iaitu GKB Lactobacillus Plantarum GKM3.
Kalian juga akan disajikan dengan beberapa produk terbaru GKB tau, antaranya untuk menyokong tulang dan ketahanan sendi, so jangan lepaskan peluang ini.
Kalau nak simpan kenangan, boleh juga bergambar dekat GKB Photo Corner yang memang Instagram-worthy.
Ini paling penting, bukan sahaja ada KJ dan Shahril, ramai lagi selebriti popular serta figura terkenal di Malaysia selain influencer turut akan berada di acara ini. Memang asyik!
Zee Zee dan Goolulu, hype officer yang buat suasana tak bosan
Nak tambah gamat suasana, Zee Zee dan Goolulu akan jadi “hype officer” rasmi acara ni. Sepanjang hari dia akan bagi sorakan semangat dekat tepi gelanggang, dan mungkin masuk buat fake serve lucu semata-mata nak hiburkan penonton. Confirm tak boring!
Peluang eksklusif untuk pembaca BeautifulNara
Tak kan lah anda dengar sahaja kan berita ini.. Khas untuk pembaca BeautifulNara, anda juga berpeluang untuk menyertai acara ni secara eksklusif.
View this post on Instagram
Caranya mudah:
– Follow mana-mana platform rasmi @beautifulnara.
– Tag seorang kawan yang anda nak bawa.
– Screenshot set Pickleball paling tepat dan DM ke BeautifulNara.
Sepuluh peserta terawal yang berjaya akan dapat jemputan eksklusif ke Social Serve 2025 – siap boleh bawa plus one sekali. Yes!
Sukan, komuniti & vibe sihat
Social Serve 2025 dibawa khas oleh GKB, mbukan sekadar acara sukan tapi ruang untuk orang ramai bersukan, bersosial, dan raikan gaya hidup sihat dalam suasana yang santai dan menyeronokkan.
Jangan tunggu lama-lama, kalau tak terlepas peluang!
Cepat sertai dan main bersama ramai selebriti terkenal di Social Serve 2025 ini. Ayuh!
