Dua Lelaki Dibelasah Selama Sembilan Jam Kerana Curi Anjing

Trending

Dua Lelaki Dibelasah Selama Sembilan Jam Kerana Curi Anjing

Dua orang pencuri anjing dibelasah selama sembilan jam oleh penduduk di sebuah kampung di China. Kejadian itu dikatakan berlaku di sebuah kampung di wilayah Hunan pada pukul 7 pagi 4 Jun. Mereka ditangkap dengan dua bangkai anjing yang telah dibunuh untuk dagingnya.

hunan-dog-thieves-1

Advertisement

Tidak lama selepas itu sekumpulan penduduk yang berang bertindak mendapatkan keadilan sendiri. Dua lelaki itu dibelasah sehingga lembik dengan bangkai anjing yang telah mereka bunuh diikat ke leher mereka.

hunan-dog-thieves-2

Polis tiba pada tengahari dan ketika bersedia untuk membawa dua suspek ke balai polis, penduduk kampung telah menghentikan mereka dan menuntut saguhati berjumlah 1 juta yuan (RM 606, 278.97).

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Mari menyaksikan teater bangsawan 'Kota Lukut' pada 12, 13, 14 Jun ini di Auditorium DBKL, Jalan Raja Laut,Kuala Lumpur, pukul 8.30 malam. Untuk tempahan tiket, hubungi 03-2614 8262.

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Saturday, 6 June 2015


hunan-dog-thieves-3
Tuntutan itu disifatkan tidak munasabah, menyebabkan penduduk kampung menghalang polis, menyerang mereka menggunakan batang besi dan memecahkan kereta polis. Penduduk kampung menyekat kereta polis dengan batu dan baring di hadapan kereta polis untuk menghalang pencuri tersebut dibawa pergi.

hunan-dog-thieves-4
Hanya pada pukul 6.00 petang bantuan datang dan situasi mula ditenangkan. Dalam satu kenyataan oleh biro keselamatan awam, polis memberitahu yang pegawai polis telah menjalankan tugas mengikut prosedur yang betul sewaktu diserang.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...