Dua Kluster Terbaru COVID-19 Dikenalpasti

COVID-19

Dua Kluster Terbaru COVID-19 Dikenalpasti

Sehingga kini, terdapat 5 kluster COVID-19 yang masih lagi aktif. Ini termasuk 2 kluster terbaru yang disahkan oleh KKM di depoh imigresen dan juga di sebuah tapak pembinaan di Kuala Lumpur.

hadiah hari lahir dr noor hisham

Advertisement

Menurut Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, 44 kes terbaru telah disahkan di tapak pembinaan tersebut dan 43 dari mereka terdiri dari pekerja warga asing.

Kluster di Bukit Jalil pula telah merekodkan sebanyak 66 kes baru, yang menjadikan jumlah kes sebanyak 126. Kluster di Sepang pula telah mencatatkan 29 kes baru yang menjadikan jumlah kes sebanyak 36.

Kluster di sebuah gereja yang terletak di Sarawak pula hanya merekodkan 1 kes baru yang menjadikan jumlah kes sebanyak 191.

Di Semenyih pula, 17 kes baru telah di rekodkan yang menjadikan jumlah kes adalah sebanyak 66. Tambahnya pula, 65 dari mereka adalah pekerja warga asing.

Pihak KKM akan memastikan bahawa kesemua yang berkait dengan kluster tersebut akan menjalani ujian saringan.

gambar hiasan

Namun, beliau juga telah menyatakan bahawa antara salah satu punca tingginya jumlah jangkitan adalah disebabkan oleh faktor persekitaran, termasuk kediaman pekerja warga asing ini.

Sebanyak 27,383 warga asing telah di saring dan sebanyak 1,519 (5.5 %) telah disahkan positif COVID-19.

Pada hari ini 172 kes baru telah dilaporkan. Daripada 172 kes baharu ini, 5 kes adalah kes import manakala 167 kes adalah kes penularana tempatan yang melibatkan 159 warga asing yang berada di Depot Tahanan Imigresen (DTI).

Sumber : KKM

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...