Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Dua Kali Tauke Kedai Emas Periksa, Memang Barang Kemas Itu Palsu – Aishah

Baru-baru ini penyanyi Aishah rasa terkilan dan kecewanya mengenai hadiah barangan kemas tajaan daripada Datuk Seri Vida yang didakwa palsu sedangkan sebelum ini ia dikatakan sebagai rantai berlian asli yang bernilai RM80,000.

Advertisement

Menurut Aishah, apa yang beliau katakan itu bukanlah tuduhan tidak berasas tetapi sudah pun membawa berlian tersebut ke kedai emas untuk dinilai harganya dengan menggunakan alatan khas pricena.

Alat tersebut akan mengeluarkan bunyi sekiranya berlian itu adalah asli dan tulen. Sebaliknya, berlian yang dibawa Aishah ini tidak langsung mengeluarkan sebarang bunyi setelah di scan.

Mulanya saya pergi kedai barangan kemas untuk ubah suai rantai tersebut kerana ia terlalu besar untuk dipakai setiap hari, tapi mengejutkan apabila pemeriksaan mendapati ia bukan asli.

Dua kali ‘tauke’ kedai itu check, ingatkan mesin berlian itu rosak tapi apabila letak cincin (berlian asli) berbunyi pula, saya terkilan dan tertanya adakah kerana ini hadiah tambahan bermakna penaja tak boleh memberi jaminan ia tulen. Kalau penaja kata hadiah itu plastik atau kayu sekalipun saya terima, tapi jangan tipu.

Advertisement

Dikecam tidak bersyukur oleh sesetengah pihak, Aishah menegaskan beliau hanya ingin bersuara mengenai haknya.

Saya tahu apabila berkongsi mengenai hal ini orang akan kutuk, tapi saya bersuara kerana ini hak kita. Saya harap pihak berkenaan bertanggungjawab dan mungkin kerajaan boleh amik perhatian.

Tambah Aishah lagi, pihak penaja boleh sahaja bertemu empat mata dengannya dan meminta maaf serta menjelaskan perkara sebenar tentang sebarang masalah. Bagaimanapun, beliau tidak pernah berniat untuk bergaduh dengan mana-mana pihak dan berharap isu ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

33 Comments

  1. Anonymous

    August 28, 2018 at 7:22 am

    Rasanya. Dsv pun x tau bezakan berlian atau pun x. Itu emas putih n batu zikornia. Ada emas putih n design memang mahal nak beli tp nk jual tak ada nilai. Sbb tu nak beli emas putih nak kena pikir 2-3 kali. Utk bgaya boleh. Nak jual balik x laku. Tp kalau harga sampai 80k tak tau lah. Tp sepatutnya jgn ckp berlian. Kalau berlian tulen harga mahal lagi kot rasanya.

    • Anonymous

      August 28, 2018 at 8:16 am

      Berlian tulin dtg dri mulut sotong Octopussy .
      Yg vida punya dri ketuln lombong2.

  2. Tk

    August 27, 2018 at 11:34 pm

    My friend pernah beli emas di Thailand. . Siap bagi certificate confirm emas tulin. Bila gi check bukan emas. Lesap rm10,000

    • Anonymous

      August 28, 2018 at 9:08 am

      tq for info…

    • huhu

      August 28, 2018 at 10:26 am

      dh confim2 thailand tu banyak barang fake.

    • Anonymous

      August 28, 2018 at 12:13 pm

      termasuk manusia

    • MJH

      August 28, 2018 at 2:59 pm

      Ok ni lawakkk kehkehkeh

  3. Wekkkkkkk

    August 27, 2018 at 11:13 pm

    Nanti vida ckp, saya pun tak tahu itu tulen ke palsu.
    Org klau nk aniya sng je nk larikn diri.
    Kena cari si penjual dan si pemberi.
    Yg menerima tu tidak tahu ape2.
    Bertegang urat saraf leher Aisyah menarik nafas mendendangkn lagu utk kesedapan masa lapang kita mendengar lagu.
    Si vida terkedek kedek terkinja2 keseronokan menghayun lentok bdn. Sambil tertawa dlm hati..” ingat senang ke aku nk bagi berlian ori”.
    Rm100 ribu tu pun sudah byk.

  4. human

    August 27, 2018 at 11:09 pm

    Dsv puteh sbb inject kasi puteh. Sudah2 la menipu orang . umur semakin tua bawak2 la bertaubat bukan makin mengeletis terkinja2 sana sini. Harta tak boleg bawak masuk kubur pun

  5. Anonymous

    August 27, 2018 at 10:53 pm

    We support u Aishah…

    • minah jambu say NO to drugs

      August 27, 2018 at 11:05 pm

      aishah u benar2 jujur lov u aishah.. u tk salah

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top