Dua Kali Tauke Kedai Emas Periksa, Memang Barang Kemas Itu Palsu – Aishah

Hiburan

Dua Kali Tauke Kedai Emas Periksa, Memang Barang Kemas Itu Palsu – Aishah

Baru-baru ini penyanyi Aishah rasa terkilan dan kecewanya mengenai hadiah barangan kemas tajaan daripada Datuk Seri Vida yang didakwa palsu sedangkan sebelum ini ia dikatakan sebagai rantai berlian asli yang bernilai RM80,000.

Advertisement

Menurut Aishah, apa yang beliau katakan itu bukanlah tuduhan tidak berasas tetapi sudah pun membawa berlian tersebut ke kedai emas untuk dinilai harganya dengan menggunakan alatan khas pricena.

Alat tersebut akan mengeluarkan bunyi sekiranya berlian itu adalah asli dan tulen. Sebaliknya, berlian yang dibawa Aishah ini tidak langsung mengeluarkan sebarang bunyi setelah di scan.

Mulanya saya pergi kedai barangan kemas untuk ubah suai rantai tersebut kerana ia terlalu besar untuk dipakai setiap hari, tapi mengejutkan apabila pemeriksaan mendapati ia bukan asli.

Dua kali ‘tauke’ kedai itu check, ingatkan mesin berlian itu rosak tapi apabila letak cincin (berlian asli) berbunyi pula, saya terkilan dan tertanya adakah kerana ini hadiah tambahan bermakna penaja tak boleh memberi jaminan ia tulen. Kalau penaja kata hadiah itu plastik atau kayu sekalipun saya terima, tapi jangan tipu.

Dikecam tidak bersyukur oleh sesetengah pihak, Aishah menegaskan beliau hanya ingin bersuara mengenai haknya.

Saya tahu apabila berkongsi mengenai hal ini orang akan kutuk, tapi saya bersuara kerana ini hak kita. Saya harap pihak berkenaan bertanggungjawab dan mungkin kerajaan boleh amik perhatian.

Tambah Aishah lagi, pihak penaja boleh sahaja bertemu empat mata dengannya dan meminta maaf serta menjelaskan perkara sebenar tentang sebarang masalah. Bagaimanapun, beliau tidak pernah berniat untuk bergaduh dengan mana-mana pihak dan berharap isu ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...