Meskipun wujud segelintir netizen mencadangkan pelakon Almy Nadia berhenti melakukan ulasan produk makanan di laman sosialnya selepas mengetahui dirinya telah dua kali mengalami keguguran, namun Almy menafikan perkara itu menjadi punca kandungannya gugur.
Katanya, suami dan anak-anak kini akan mengambil alih tugas berkenaan ketika ini malah tidak menolak untuk meneruskan aktiviti itu selepas kembali sihat nanti.
Menurut Almy, beliau menganggap apa yang dilakukan selama ini merupakan satu tanggungjawab dan punca rezeki untuk keluarganya.
“Kalau saya tak buat, suami saya akan ambil alih sebab itu amanah Allah dan juga rezeki untuk anak-anak saya.”
Almy bagaimanapun turut menyatakan mungkin ada jenis makanan yang dirinya tidak boleh mencuba.
“Mungkin ada jenis makanan yang saya tak boleh cuba, tapi suami dan anak-anak saya boleh buat.”
Khamis lalu, selepas mengalami keguguran kandungan yang baru berusia enam minggu, Almy telah selamat menjalani pembedahan mencuci rahim.
Tambah Almy, beliau dikhabarkan telah cuba untuk menyelamatkan kandungan tersebut namun gagal apabila bahagian kantung bayinya luka dan menyebabkan pendarahan.
“Luka itu semakin lama semakin besar dan pendarahan yang banyak tapi saya tak sakit pun.”
Ujar Almy, beliau tidak berasa sedih atau tekilan kerana percaya aka nada rezeki yang lebih baik untuk dirinya dan keluarga.
Untuk rekod, Almy dan suaminya Fizz Fairuz telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2014. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, Nur Afrina Aurora, Nur Afrina Ayra dan seorang anak angkat iaitu Nur Afrina Darwisyah.
Sumber: mStar